Sektor

Licensing

Lesen-lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Selaras dengan proses kematangan industri komunikasi dan multimedia Malaysia ke arah percantuman teknologi (convergence), lesen-lesen di bawah AKM 1998 digubal agar bersifat neutral dari aspek teknologi dan perkhidmatan. Terma-terma perlesenan AKM 1998 membenarkan pemegang lesen menjalan dan menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan pemasaran. Ini mewujudkan peluang untuk meningkatkan lagi kesedaran dan perkembangan dalam industri, khususnya dalam bidang Penyedia Perkhidmatan Aplikasi dan penggunaan prasarana rangkaian yang lebih berkesan.

Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, terdapat empat kategori untuk dipertimbangkan:
  • Pemberi Kemudahan Rangkaian 
    Merupakan pemilik kemudahan-kemudahan seperti stesen satelit bumi, kabel-kabel gentian optik jalur lebar, talian telekomunikasi dan ibusawat, peralatan transmisi komunikasi radio, stesen pangkalan komunikasi mudah alih dan peralatan serta menara transmisi penyiaran. Mereka adalah peralatan asas bagi model percantuman dimana jaringan, aplikasi dan perkhidmatan kandungan akan disediakan.
     
  • Pemberi Perkhidmatan Rangkaian 
    Menyediakan asas perhubungan dan jalur lebar untuk menyokong aplikasi yang pelbagai. Perkhidmatan rangkaian membolehkan sambungan atau jaringan antara rangkaian yang berbeza. Pemberi Perkhidmatan rangkaian selalunya juga merupakan pemilik kemudahan rangkaian. Bagaimanapun, perkhidmatan perhubungan boleh disediakan oleh seseorang menggunakan kemudahan rangkaian yang dimiliki oleh orang lain.
     
  • Pemberi Perkhidmatan Aplikasi 
    Menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan suara, data dan berdasarkan kandungan, perdagangan elektronik dan perkhidmatan-perkhidmatan transmisi yang lain. Perkhidmatan Aplikasi juga mementingkan fungsi dan keupayaan yang disampaikan kepada pengguna.
     
  • Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan 
    Merupakan kumpulan pembekal pemberi perkhidmatan aplikasi termasuk perkhidmatan penyiaran tradisional dan perkhidmatan terbaru seperti penerbitan dalam talian dan perkhidmatan maklumat.
     

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow