Sektor

Pelesenan & Permohonan

Akta Tandatangan Digital 1997 (ATD 1997) and Peraturan-Peraturan Tandatangan Digital 1998 (PPTD 1998) menyediakan rangka kerja pelesenan bagi peruntukan tandatangan digital di Malaysia termasuk jenis-jenis perkhidmatan, keperluan kelayakan, permohonan dan bayaran fi berkaitan.

1. Lesen Pihak Berkuasa Pemerakuan

Fungsi utama Pihak Berkuasa Pemerakuan (PBP) adalah untuk mengeluarkan sijil perakuan kepada pelanggan apabila dipohon sebagai identiti untuk disenaraikan dalam sijil perakuan di bawah ATD 1997.

Keperluan
Kelayakan
 Permohonan bagi Lesen
Pihak Berkuasa Pemerakuan

   

2. Pengiktirafan bagi Repositori

Repositori Diiktiraf mengandungi rekod penzahiran Pihak Berkuasa Pemerakuan, senarai pembatalan perakuan yang terkini, maklumat pembatalan atau penggantungan perakuan, serta maklumat lain berkaitan amalan pensijilan.
 
3. Pengiktirafan bagi Perkhidmatan Penanda Tarikh/Masa

Penanda tarikh dan masa boleh digabungkan kepada suatu mesej atau dokumen dan ditandatangani secara digital. Tarikh dan masa yang ditanda pada dokumen tersebut hendaklah tarikh dan masa yang diterima oleh perkhidmatan penanda tarikh/masa diiktiraf.
 

4. Pengiktirafan Pihak Berkuasa Pemerakuan Asing

Suruhanjaya boleh mengiktiraf Pihak Berkuasa Pemerakuan yang dilesenkan atau yang diberikuasa oleh entiti Kerajaan di luar Malaysia yang memenuhi keperluan kelayakan. Perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak berkuasa Pemerakuan Asing menunjukkan tahap keselamatan yang sama atau lebih ketat daripada tahap keselamatan perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan berlesen di Malaysia.
 
 

 

Struktur Fi

Permohonan Bagi Lesen Pihak Berkuasa Pemerakuan 
Peringkat Penubuhan RM 2,500.00
Peringkat Pengendalian RM 2,500.00
Fi Pemberian RM30,000.00
Fi Pengendalian Tahunan RM 2,500.00
Pembaharuan Lesen RM 2,500.00
Pemindahan Lesen RM 2,500.00
Permohonan Pengiktirafan Bagi Repositori/ Pengiktirafan Perkhidmatan Penanda Tarikh Masa/Pengiktirafan Pihak Berkuasa Pemerakuan Asing
Peringkat Penubuhan RM 2,500.00
Peringkat Pengendalian RM 2,500.00
Fi Pengendalian Tahunan RM 2,500.00
Fi Pemberian RM 30,000.00
Pembaharuan Perakuan Pengiktirafan RM 2,500.00 
Pengiktirafan Pihak Berkuasa Pemerakuan Asing RM 30,000.00
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow