Sektor

Maklumat Am

  • Satelit mempunyai banyak kegunaan dalam dunia moden dan telah membantu inovasi dalam pelbagai cara. Satelit yang berada di orbit berupaya memperoleh data dengan lebih banyak dan lebih pantas daripada fasiliti di darat. Jejak satelit yang besar mempunyai kawasan liputan perkhidmatan yang luas untuk membolehkan penyebaran maklumat secara serentak dilakukan dengan hanya melalui satu platform, berbanding berbilang infrastruktur darat yang diperlukan untuk meliputi kawasan yang sama.

  • United Nations Office for Outer Space Affairs (“UNOOSA”) menggalakkan penggunaan angkasa lepas secara aman dan memastikan orang ramai mendapat akses kepada pelbagai faedah teknologi dan aplikasi angkasa lepas. Malaysia telah menubuhkan Agensi Angkasa Malaysia (“MYSA”) untuk menyelaraskan aktiviti angkasa lepas negara secara teratur dan berkesan, dengan misi untuk membangunkan keupayaan sektor angkasa negara untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan pengetahuan, pembangunan mampan, kedaulatan negara, dan kesejahteraan rakyat.

  • Sementara itu, Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa (“ITU”), sebuah agensi khusus di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, komited untuk menghubungkan semua penduduk dunia, di mana sahaja mereka berada dan apa sahaja cara mereka, supaya mereka boleh berkomunikasi dengan berkesan melalui teknologi radio dan satelit. ITU mentadbir prosedur dan peruntukan yang telah ditetapkan dalam Peraturan Radio ITU (“RR”) untuk menyelaraskan penggunaan spektrum radio diperingkat global dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam penetapan orbit satelit.

  • Spektrum dan slot orbit adalah sumber yang berharga dan terhad. Ia perlu diurus dan dirancang penggunaannya dengan cekap termasuk mengelakkan gangguan yang memudaratkan antara rangkaian satelit yang lain. MCMC selaku notifying administration untuk Malaysia yang diiktiraf oleh ITU, bertindak mengawal selia akses pasaran melalui proses pelesenan, penguntukan spektrum dan sumber lain yang terhad dan mengurangkan isu gangguan mudarat di Malaysia.

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow