Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan soal selidik berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan kerangka pengawalseliaan perkhidmatan TV dan radio tradisional (seperti TV3, Astro, TV AlHijrah, unifi TV, HotFM, BFM, IkimFM, SuriaFM, MixFM dan lain-lain) dan perkhidmatan kandungan dalam talian (seperti Netflix, iflix, DimSum, Viu dan lain-lain).
Soal selidik ini bertujuan, antaranya untuk:
- mendapatkan pandangan orang awam berhubung kecenderungan kepada jenis perkhidmatan aplikasi kandungan yang ditonton atau didengar; dan
- mengenalpasti perkara-perkara yang menjadi kebimbangan orang ramai terhadap kandungan daripada pelbagai platfom yang ditonton atau didengar.
Soal Selidik
Soal selidik ini mengambil masa kurang daripada 5 minit untuk dilengkapkan. Segala maklumat adalah SULIT dan hanya akan digunakan untuk kegunaan soal selidik ini sahaja. Soal selidik ini akan bermula pada 24 Ogos 2020 hingga 7 September 2020.
Kandungan Berkaitan