Previous Page  11 / 78 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 11 / 78 Next Page
Page Background

Pelaksanaan PI1M

banyak memberi

impak sosial dan

ekonomi kepada

masyarakat

+ Pengurus PI1M mengendalikan

kelas ICT kepada pengguna berdaftar

Selain menyediakan perkhidmatan capaian

internet jalur lebar, PI1M juga menyediakan

latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada

pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan

sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

PI1M dan ditawarkan secara percuma kepada

semua pengguna berdaftar.

Antara perkhidmatan lain yang disediakan

di PI1M adalah perkhidmatan percetakan,

laminasi, fotokopi dan pengimbasan dengan

caj yang minima.

Kisah-kisah kejayaan yang lahir dari kalangan

pengguna PI1M telah sedikit sebanyak

membuktikan keberkesanan pelaksanaan PI1M

dan menjadikan PI1M terus popular di kalangan

masyarakat setempat.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 657 PI1M

telah siap dan beroperasi di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 PI1M

telah dilaksanakan di kawasan bandar.

Pada tahun 2015, sebanyak 144 PI1M telah

berjaya dilaksanakan. 46 daripadanya

dilaksanakan di kawasan bandar.

11

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT