FAQ

SOALAN LAZIM (FAQ)
 
PERTANDINGAN USAHAWAN TERBAIK  PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M)
 

1. Apakah itu Pertandingan Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) 2017?
Usahawan Terbaik Pi1M 2017 merupakan penghargaan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada usahawan di sekitar Pi1M yang berjaya mengembangkan perniagaan dengan memanfaatkan teknologi ICT.

2. Siapakah yang layak untuk menyertai pertandingan Usahawan Terbaik Pi1M 2017?
Syarat-syarat kelayakan adalah:  
  1. Terbuka kepada usahawan warganegara Malaysia
  2. Individu berumur 18 tahun ke atas
  3. Berdaftar sebagai ahli Pi1M
  4. Mempunyai dan menghasilkan produk perniagaan sendiri
  5. Telah menjalankan perniagaan secara aktif lebih daripada 6 bulan

3. Saya usahawan tetapi adakah saya layak menyertai program ini sekiranya saya tidak mendaftar sebagai ahli Pi1M?
Hanya  usahawan yang berdaftar sahaja layak menyertai pertandingan ini. Anda boleh berdaftar sebagai ahli Pi1M sekiranya                 belum.  

4. Perniagaan saya adalah pemilikan tunggal. Adakah saya layak menyertai pertandingan ini?
Ya. Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

5. Saya tidak mempunyai premis perniagaan tetapi menjalankan perniagaan di rumah. Adakah saya layak untuk menyertai pertandingan ini?
Ya. Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

6. Saya seorang usahawan yang mempunyai pelbagai produk sendiri. Bolehkah saya menghantar penyertaan lebih daripada satu?
Boleh. Anda hanya perlu isikan satu borang penyertaan sahaja dan nyatakan perincian setiap produk. 
 
7. Bagaimana pemilihan Usahawan Terbaik Pi1M 2017 ditentukan? 
Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
 
  1. Keberkesanan penggunaan teknologi/platform ICT dalam aktiviti perniagaan
  2. Prestasi perniagaan (mempunyai peratusan peningkatan jualan selepas mengikuti latihan di Pi1M)
  3. Menunjukkan potensi pertumbuhan dan perkembangan perniagaan dari segi jualan dan saiz pasaran
  4. Inovasi produk dalam perniagaan
  5. Perancangan untuk mengekalkan kemampanan (sustainability) produk perniagaan
8. Bagaimana cara untuk menyertai pertandingan ini?  
  1. Usahawan yang berminat dikehendaki mengisi borang secara dalam talian melalui pautan https://www.mcmc.gov.my
  2. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar melalui emel kepada usahawanpi1m@cmc.gov.my
  3. Hanya borang yang lengkap dan dihantar secara dalam talian sahaja akan diproses.
  4. Sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses
Sekiranya anda tiada akses internet, anda boleh mengisi borang secara dalam talian di PI1M yang berdekatan.

9. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak penganjur?
Hanya peserta yang disenarai pendek di peringkat wilayah sahaja perlu menyediakan dokumen sokongan, yang diperlukan oleh pihak penganjur. Dokumen tersebut adalah salinan penyata akaun bank.

10. Bagaimanakah saya mengetahui bahawa borang penyertaan  telah diterima?
Akuan penerimaan akan diberikan oleh pihak penganjur menerusi e-mel setelah borang yang lengkap dihantar secara dalam               talian diterima.

11. Bolehkan saya menghantar borang penyertaan melalui kiriman pos? 
Tidak. Hanya borang yang dihantar secara dalam talian sahaja akan diproses.

12. Apakah yang dimaksudkan dengan Usahawan Terbaik Peringkat Wilayah (Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak)?
 
Wilayah di atas adalah merujuk negeri-negeri yang berada di bawah bidang kuasa pejabat-pejabat wilayah MCMC seperti berikut:
 
    Negeri – Negeri Berkaitan
  1.  
Wilayah Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
  1.  
Wilayah Tengah Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  1.  
Wilayah Timur Kelantan, Terengganu, Pahang
  1.  
Wilayah Selatan Johor, Melaka
  Sabah Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan
 
Pencalonan terpilih akan disenarai pendek untuk bertanding di peringkat wilayah. Seterusnya berpeluang untuk memenangi hadiah utama, Usahawan Terbaik Pi1M 2017.
 

13. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan, kepada siapakah saya boleh ajukan? 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui saluran berikut:
 
E-mel       :       usahawanpi1m@cmc.gov.my 
Telefon    :       +603 8688 8060 atau +603 8688 8084
(Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang, mulai 1 Ogos 2017)
 
Related Content