Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Peringkat Wilayah Persekutuan

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Peringkat Wilayah Persekutuan, 19 Ogos 2022.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi PEDi Peringkat Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 di mana watikah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Tun Faisal Ismail Bin Aziz, Setiausaha Akhbar kepada MENKOMM. Turut hadir bagi memberikan taklimat berkaitan telekomunikasi ialah Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan, Encik Alyas Bin Hj Amir.

Setakat ini, terdapat 911 PEDi di seluruh negara telah beroperasi dengan menyediakan capaian Internet dan kemahiran asas digital kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan luar bandar. 

Diharap dengan pelantikan ini segala usaha untuk memastikan PEDi menjadi sebuah pusat aktiviti sosioekonomi rakyat yang strategik dan berdaya saing, akan beroleh kejayaan.
 
 
Related Content
Share this article
Follow