Majlis Perasmian Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman

Sekitar Majlis Perasmian Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman pada 3 Jun 2023.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato’ Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

PEDi merupakan salah satu usaha berterusan bagi meningkatkan aktiviti setempat untuk membangunkan kemahiran penggunaan Internet dan penglibatan e-dagang dalam kalangan masyarakat luar bandar sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memperkasakan masyarakat menerusi transformasi digital.
 
 
Related Content
Share this article
Follow