Mini Karnival HAWANA 2023 di Mydin Mall Meru, Ipoh

Sekitar lawatan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching ke reruai MCMC di Mini Karnival HAWANA 2023 di Mydin Mall Meru, Ipoh hari ini.

Beliau telah diberi penerangan daripada Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkenaan kaedah dan peralatan kajian lapangan.

Dalam pada itu, YB Fahmi Fadzil dan YB Teo Nie Ching juga telah menerima cenderahati daripada pejabat MCMC Perak yang merupakan barangan usahawan PEDi Kinta.
 
 
Related Content
Share this article
Follow