Perundangan

Instrumen Undang-Undang

Pengenalan

Dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Intrumen Undang-Undang boleh dikeluarkan sama ada oleh Menteri dalam bentuk Arahan, Penentuan atau Perisytiharan, atau daripada Suruhanjaya dalam bentuk Arahan dan Penentuan. Menteri juga berkuasa memberi Arahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. 

Arahan Menteri dikeluarkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dimana suruhanjaya berkuasa dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Instrumen Undang-Undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menteri boleh mengeluarkan satu  Penentuan Menteri tentang apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai tertakluk kepada penentuan menteri tanpa berunding dengan mana-mana pemegang lesen atau sesiapa.


Menteri berkuasa mengeluarkan Perisytiharan Menteri bertulis di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dimana Perisytiharan bertulis tersebut tidak semestinya mendapat persetujuan mana-mana pihak yang terlibat dalam industri.


Arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  juga boleh mengeluarkan Pengishtiharan bertulis kepada mana-mana pihak berkenaan pematuhan syarat perlesenan dan juga yang mengingkar terma lesen yang diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau undang-undang lain yang berkaitan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh menentukan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai tertakluk kepada penentuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow