Sektor

Tandatangan Digital

Tandatangan digital adalah tandatangan elektronik yang digunakan untuk mengesahkan identiti penghantar/penandatangan sesuatu mesej dan digunakan bagi memastikan sesuatu maklumat adalah betul dan sah di dalam transaksi elektronik. Penggunaan tandatangan digital yang diiktiraf dapat memenuhi keperluan seperti kerahsiaan (confidentiality), pengesahan identiti (identity authentication), tidak boleh disangkal (non-repudiation), dan integriti (integrity) sesuatu maklumat.

Akta Tandatangan Digital 1997 (“ATD 1997”) mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 1998 dengan tujuan mengawalselia penggunaan tandatangan digital di Malaysia, menjamin keselamatan mengenai isu undang-undang yang berkaitan transaksi elektronik, dan mengesahkan penggunaan tandatangan digital melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan (PBP) berlesen.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“MCMC”) adalah pihak yang bertanggungjawab dalam mentadbir, menguatkuasa dan melaksanakan peruntukan di bawah ATD 1997 bagi tujuan pengawasan dan menyelia aktiviti PBP berlesen.

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow