Sektor

Perkhidmatan Pos dan Kurier

Melalui kuasa yang diberikan di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 (APP 2012), MCMC bertanggungjawab mentadbir dan mengawalselia perkhidmatan pos dan kurier di Malaysia.
 
APP 2012 merupakan set undang-undang yang transformatif bagi mendepani cabaran pos dan kurier abad ke-21. APP 1991 telah dimansuhkan dan digantikan dengan APP 2012 yang mengandungi peruntukan-peruntukan baharu bagi mengawal selia industri perkhimatan pos dan kurier secara lebih baik dalam persekitaran yang terdiri daripada pelbagai pemain, mempromosikan pembangunan industri dan melindungi peruntukan perkhidmatan sejagat.
 
Ia juga menggunakan amalan pengawalseliaan yang terbaik seperti sistem pelesenan yang telus, peruntukan perkhidmatan sejagat berdasarkan perubahan keperluan pengguna, mempromosikan persaingan yang sihat dan adil serta prinsip pengawalan kendiri (self-regulate).

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow