Pusat Media

Malaysia di tempat ke-3 dalam Indeks Global Keselamatan Siber (GCI) baru-baru ini

28 Nov 2014
Malaysia di tempat ke-3 dalam Indeks Global Keselamatan Siber (GCI) baru-baru ini.

Tujuan GCI adalah untuk memberi gambaran tahap penglibatan negara-negara dalam hal-ehwal keselamatan siber di peringkat kebangsaan. Amerika Syarikat berada di tempat pertama diikuti oleh Kanada. Malaysia, Australia dan Oman berada di tempat ketiga. 

GCI melihat kepada tahap komitmen negara dalam lima bidang: Langkah undang-undang, langkah teknikal, langkah organisasi, pembinaan keupayaan dan kerjasama.

Projek ini adalah hasil daripada penyelidikan intensif yang dilakukan pada peringkat asas dan profesional oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan ABI Research. Hasil kaji selidik yang dilakukan pada peringkat negara berserta hasil penyelidikan kualitatif yang lebih mendalam, telah dihantar kepada semua negara anggota ITU.

Maklumat yang dikumpulkan untuk GCI termasuk undang-undang, peraturan, CERTs dan CIRTs, dasar-dasar, strategi kebangsaan, piawaian, pensijilan, latihan profesional, peningkatan tahap kesedaran dan kerjasama antara koperasi.

Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai negara-negara yang disenaraikan oleh GCI http://www.itu.int/en/ITU-D/Cybersecurity/Documents/GCI_Global_2014_results.pdf
Kongsi artikel ini
Follow