Laman Sesawang Rasmi bagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MY
EN
Carian
Carian:
MY
EN
Carian:
Carian
HOME
MENGENAI KAMI
SEJARAH
VISI & MISI
AHLI-AHLI SURUHANJAYA
TANGGUNGJAWAB KAMI
KOMITMEN KAMI
LAPORAN TAHUNAN
SEKTOR
JALUR LEBAR
PERKHIDMATAN MUDAH ALIH
PERKHIDMATAN TALIAN TETAP
SATELIT
PENYIARAN
POS DAN KURIER
TANDATANGAN DIGITAL
PERDAGANGAN STRATEGIK
PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
INSTRUMEN UNDANG-UNDANG
RESOLUSI PERSELISIHAN
BUKU DAFTAR
PUSAT MEDIA
BERITA RASMI
SISIPAN BERITA
PENGUMUMAN
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
AKADEMI
KERJAYA
HUBUNGI KAMI
IBU PEJABAT
PEJABAT NEGERI
DIREKTORI
MAKLUMBALAS PENGALAMAN LAMAN WEB
KnowledgeHub
Integriti
Tahukah anda?
Aduan MCMC
Consumer
Licensee
Ikuti SKMM di Laman Sosial
Pusat Media
Laman Utama
Pusat Media
Sisipan Berita
Modul Pembelajaran Keselamatan Internet Perlu Fokus Isu Kesedaran Dan Pembangunan
Sisipan Berita
Pusat Media
Modul Pembelajaran Keselamatan Internet Perlu Fokus Isu Kesedaran Dan Pembangunan
05 Nov 2014, bernama
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Modul pengajaran keselamatan Internet untuk pelajar sekolah perlu memfokus kepada dua aspek utama iaitu mengenai kesedaran keselamatan dan pembangunan keselamatan Internet.
Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi, Khaireel Azlee Abdul Aziz berkata dari sudut kesedaran keselamatan, ia perlu mendedahkan pelajar dan guru di peringkat sekolah rendah dan menengah kepada kajian kes berhubung masalah yang berlaku di alam siber.
"Kreativiti penjenayah dan perkembangan keselamatan dalam Internet berkembang setiap masa, oleh itu kesedaran adalah amat perlu. Satu cara yang boleh dilakukan ialah mewujudkan kesedaran melalui kajian kes mengenai masalah yang telah berlaku di alam siber," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas cadangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memperkenalkan modul pengajaran keselamatan Internet bagi pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada mata pelajaran kokurikulum.
Beliau berkata dari sudut pembangunan sekuriti pula, ia seharusnya menggalakkan pelajar untuk memberikan idea dalam mencipta satu sistem keselamatan sendiri berpandukan kepada kajian kes yang telah dilakukan.
"Keselamatan berubah mengikut perkembangan teknologi. Lagi banyak kemudahan, maka lagi banyak eksploitasi boleh dilakukan. Oleh itu sistem keselamatan perlu ditingkatkan," kata Khaireel Azlee.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd Arsad turut mengalu-alukan cadangan tersebut dengan berkata ia tepat pada masanya memandangkan masalah utama pelajar sekarang ialah kurang mendapat pendedahan berkaitan keselamatan Internet.
Bagaimanapun beliau mencadangkan agar modul berkenaan diajar secara berperingkat iaitu di sekolah rendah dan menengah.
"Misalnya di peringkat sekolah rendah, diajarkan asas keselamatan Internet terlebih dahulu, sementara di peringkat sekolah menengah barulah diajar perkara yang lebih meluas dan mendalam," katanya.
Turut melahirkan nada yang sama ialah Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan, Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang berkata SKMM bertindak bijak dengan memperkenalkan modul itu yang membolehkan pelajar sekolah lebih menyedari mengenai bahaya siber dan Internet.
"Apa yang terjadi di Amerika Syarikat sehingga terdapat pelajar yang membunuh diri akibat 'pembulian siber' perlu dijadikan iktibar. Kita tidak mahu perkara seumpama itu berlaku di negara ini," katanya.
Beliau berkata oleh kerana ibu bapa sendiri tidak memahami konsep keselamatan Internet, SKMM perlu turut memberi penjelasan kepada mereka.
Kembali
Cetak
Kongsi artikel ini
Awam
Membuat Aduan
Masalah Kandungan Dalam Talian
Bagaimana untuk membuat aduan anda
Notis Perolehan
Soalan Lazim
Logo MCMC
Industri
Permohonan Lesen
Buku Daftar
Spektrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Borang
Sumber
Penerbitan
Industri
Statistik
Penyenaraian
Garis Panduan
Pautan Pantas
Portal E-Payment
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Borang aduan tingkah laku anti-persaingan
Terus berhubungan dengan MCMC
Melanggan surat berita kami dan dapatkan berita terkini dan kemas kini.
Email:
Follow