Pusat Media

Operasi Pusat-Pusat Internet Di Seluruh Malaysia Kekal, Dakwaan Sesetengah Pihak Bahawa Pusat-Pusat Internet Akan Ditutup Adalah Tidak Benar

09 Mac 2019
OPERASI PUSAT-PUSAT INTERNET DI SELURUH MALAYSIA KEKAL, DAKWAAN SESETENGAH PIHAK BAHAWA PUSAT-PUSAT INTERNET AKAN DITUTUP ADALAH TIDAK BENAR
 
CYBERJAYA
9 Mac 2019
 
Pusat Internet merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision, USP) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
 
Sehingga kini, terdapat sebanyak 870 Pusat Internet yang sedang beroperasi di seluruh negara. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kursus dan latihan ICT serta e-dagang yang telah meningkatkan kemahiran masyarakat setempat, sekaligus memperkasakan tahap ekonomi tempatan.
 
Lantaran itu, dakwaan oleh sesetengah pihak baru-baru ini yang memberi gambaran bahawa pusat-pusat internet di seluruh negara akan ditutup adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
 
MCMC mengesahkan bahawa pusat-pusat internet di seluruh negara tidak akan ditutup dan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.
 
Malah, dakwaan yang telah diuar-uarkan oleh Nusuara Technologies Sdn. Bhd., - pengendali utama pusat-pusat internet naungan Celcom adalah satu tindakan yang cuai dan kedua-dua pihak ini digesa untuk memberi justifikasi serta keterangan yang lanjut kepada MCMC.

TAMAT
 
Kongsi artikel ini
Follow