Pusat Media

Perkhidmatan Radio Sesalur (Trunked Radio) dalam Jalur 800 MHz

05 Jan 2015

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa daripada 1 Januari 2016, frekuensi di jalur 806 MHz hingga 821 MHz dan 851 MHz hingga 866 MHz TIDAK AKAN LAGI digunakan untuk Perkhidmatan Radio Sesalur (‘Perkhidmatan itu’).

Sehubungan dengan itu, selaras dengan perenggan 7.4 SRSP-502M TRS bertarikh 16 Julai 2010, tiada penguntukan baru akan dikeluarkan kepada pemberi perkhidmatan radio sesalur, pengguna persendirian dan pengguna daripada agensi-agensi kerajaan bagi Perkhidmatan itu dalam jalur di atas selepas 31 Disember 2015.


 PDF

Kongsi artikel ini
Follow