Pusat Media

AT&T dan MCMC menganjurkan Malaysia Developers’ Day 2018, Fokus pada IoT, AI dan Big Data

19 Sep 2018
AT&T dan MCMC menganjurkan Malaysia Developers’ Day 2018, Fokus pada IoT, AI dan Big Data
24jam untuk Peserta mencipta aplikasi IoT
 
CYBERJAYA, 19 September 2018 – AT&T dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan Malaysia Developers’ Day pada 22-23 September 2018 di Cyberjaya.
 
Penganjuran kali ke enam ini menggalakkan para pembangun yang berinovasi dan usahawan teknologi untuk membangunkan aplikasi Internet of Things (IoT). Pada tahun lepas, seramai 161 peserta telah mencipta 33 aplikasi IoT, bagi penyelesaian kepada ekonomi atas talian, keselamatan peribadi dan pencegahan penyakit.
 
Pada tahun ini, penekanan diberikan kepada aplikasi yang menggunakan artificial intelligence (AI) dan analitik data besar (big data analytics) untuk menyelesaikan keperluan-keperluan asas. Seperti sebelumnya, para peserta mempunyai 24 jam untuk mencipta aplikasi mereka. Kategori-kategori penghasilan adalah:
  • - Bandar Pintar: Menggunakan teknologi untuk menjadikan kehidupan bandar lebih mudah dan selamat
  • - Kesihatan: Menambahbaik rawatan perubatan mahupun di rumah melalui automasi
  • - Komuniti: Menghasilkan manfaat sosial dan alam sekitar melalui automasi
 
AT&T dan MCMC akan menyediakan peralatan yang diperlukan oleh para peserta untuk menghasilkan aplikasi baharu mereka. Pakar-pakar teknologi dan mentor juga akan berada di acara tersebut untuk memberi sokongan mereka.
 
Pemenang-pemenang hadiah utama akan berkongsi hadiah wang tunai bernilai US$15,000 dan lima biasiswa Nanodegree daripada AT&T dan Udacity juga turut ditawarkan. Ini akan membantu para pemenang mendapatkan ijazah atas talian sebagai persiapan kepada kerjaya mereka khususnya dalam industri teknologi.
 
Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Komunikasi dan Ekosistem Digital MCMC berkata, “MYDD menyediakan platform untuk mereka yang berbakat dalam bidang IT untuk menyerlahkan kebolehan mereka, dan menggalakkan penginovasi tempatan serta usahawan digital untuk mengikhtiarkan solusi bagi memudahkan kehidupan orang ramai. Di samping itu, kita juga menggalakkan penyertaan para pelajar yang mencari peluang untuk mengasah minat dan bakat mereka dalam penciptaan aplikasi. Setiap tahun penyertaan MYDD semakin bertambah dan lebih baik, dan kami amat teruja untuk melihat aplikasi dan idea hebat yang berkembang dicipta pada edisi MYDD 2018 ini.’’
 
“AI dan IoT kini muncul sebagai teknologi asas bagi negara pintar digital. Acara tahun ini merupakan peluang kepada pembangun dan usahawan Asia bagi bertemu dengan rakan-rakan seinovasi dan mengasah kemahiran mereka dalam bidang baharu ini di samping menangani cabaran dunia sebenar,” menurut Jake Jennings, Penolong Timbalan Presiden untuk Bahagian Hubungan Luar dan Antarabangsa, AT&T.
 
 

Rumusan acara:

·  Bila:
8.30 pagi, Sabtu 22 September 2018, sehingga 2.00 petang, Ahad 23 September 2018

·  Dimana:
Auditorium,  Bangunan Lama MCMC, Off Persiaran Multimedia, 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

·  Siapa:
Terbuka kepada pembangun seluruh Malaysia dan Asia Pasifik. Daftar secara berpasukan atau tubuhkan pasukan pada hari pertandingan

·  Pendaftaran: https://www.eventbrite.com/e/att-mcmc-2018-malaysia-developers-day-tickets-47472910754?aff=ebdssbdestsearch

·  Hadiah:       

-  Juara – US$10,000

-  Naib Juara – US$3,000

-  Tempat Ketiga –     US$2,000

 Sertai perbualan di Twitter dengan #MYDD2018  

Kongsi artikel ini
Follow