Bengkel Pemerkasaan Pelan Hala Tuju Pusat Ekonomi Digital (PEDi) 2024-2026

MCMC melalui Jabatan Pengurusan Program PEDi telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Pelan Hala Tuju Pusat Ekonomi Digital (PEDi) 2024 -2026 di Putrajaya.

Bengkel ini menghimpunkan seramai 80 peserta daripada Pejabat Negeri MCMC, pemberi perkhidmatan PEDi dan rakan teknologi PEDi bagi mengukuhkan Pelan Hala Tuju PEDi.

Pelan Hala Tuju PEDi bertujuan mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup komuniti mencakupi empat teras utama iaitu Program, Infrastruktur, Pemboleh daya dan E-Sistem.
 
Hadir pada bengkel ini antaranya adalah Ketua Pegawai Pembangunan MCMC, En. Ir. Azizi A Hadi dan Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, Tuan Haji Bukhari Yahya.

#MCMC
#PEDi
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow