Sesi lawatan National Broadcasting and Telecommunications (NBTC) ke Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya

Memperkukuh Hubungan Dua Hala: Sesi lawatan National Broadcasting and Telecommunications (NBTC) ke Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya pada 8 Jun 2023.

Rombongan NBTC yang diketuai oleh Profesor Madya Suphat Suphachalasai serta para pegawai dan pakar, telah disambut mesra oleh Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan memudahkan pertukaran maklumat yang bermakna antara kedua-dua Suruhanjaya.

Perbincangan yang mendalam ini merangkumi topik berkepentingan bersama dalam bidang kawalselia, cabaran dan hala tuju strategik. Mesyuarat ini adalah bukti komitmen NBTC dan MCMC dalam memperkukuhkan kerjasama yang lebih kuat, berkongsi pengetahuan, mempromosikan inovasi dan aspirasi negara digital.

#broadcasting
#cybersecurity
#fakenews
#MCMC 
#NBTC
#telecommunications
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow