Forum Telekomunikasi dan ICT ke-20 (ADF- 20)

 
 
Kandungan Berkaitan
Forum Telekomunikasi dan ICT ke-20 (ADF- 20) merupakan program dialog tahunan anjuran Telekomuniti Asia Pasifik (APT). Forum ini menghimpunkan para peserta daripada negara-negara Asia Pasifik yang membincangkan isu serta cabaran pembangunan sektor telekomunikasi dan ICT di negara masing-masing antaranya termasuk isu berkaitan ekonomi digital, kecerdasan buatan serta teknologi telekomunikasi seperti 5G, Wifi dan satelit.

Dialog tahunan ini merupakan inisiatif berterusan APT yang memfokuskan wilayah Asia Pasifik dengan keahlian APT terdiri daripada 38 buah negara termasuk Malaysia, 4 ahli bersekutu dan 144 ahli gabungan.

ADF-20 telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. Turut hadir Naib Pengerusi ADF-20, Ishida Eiji; Ketua Pegawai Korporat dan Antarabangsa MCMC, Syahrilazli Mahammad; dan Pengarah Pembangunan Projek APT, Dr. Park Jong Bong.

#APT
#MCMC
#KKD
Kongsi artikel ini
Follow