Jaringan telekomunikasi 4G di Tasik Kenyir

Pengunjung di Tasik Kenyir bakal menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik selepas sebuah menara telekomunikasi baharu siap dibina dan diserahkan oleh FGV Prodata Sdn Bhd (Bahagian 1) kepada Digi Telecommunication Sdn Bhd (Bahagian 2) di Pulau Sah Kecil.
 
Menara baharu ini dijangka membantu merancakkan industri pelancongan di Hulu Terengganu khususnya di kawasan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir setelah menara ini beroperasi sepenuhnya.

Penyedia perkhidmatan telah menyatakan komitmen, dah akan bekerjasama rapat dengan MCMC bagi memastikan menara telekomunikasi ini dapat beroperasi sepenuhnya berdasarkan garis masa yang telah ditetapkan.

#MCMC
#JENDELA
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow