JENDELA Map menerima pengiktirafan di majlis Anugerah Malaysia Recognition of Excellence Award 2023 anjuran OpenGov

JENDELA Map telah menerima pengiktirafan pada majlis Anugerah Malaysia Recognition of Excellence Award 2023 anjuran OpenGov, sempena Minggu Forum Kepimpinan Malaysia OpenGov tahunan ke-8 pada 22 Jun 2023.

Anugerah itu merupakan satu pengiktirafan besar buat MCMC dan industri telekomunikasi di atas komitmen yang telah diberikan dalam usaha menyediakan akses mudah kepada orang ramai untuk menyemak liputan rangkaian, menghantar maklum balas dan maklumat berkaitan kesalinghubungan serta rangkaian digital.

JENDELA Map telah memenuhi salah satu objektif utama JENDELA (September 2020 - Disember 2025) yang menyasarkan untuk meningkatkan kualiti infrastruktur dan perkhidmatan digital di seluruh negara. 

Ia adalah penting kepada transformasi Digital Malaysia serta dalam usaha merapatkan jurang digital di luar bandar dan bandar, supaya semua pihak berpeluang untuk berkembang dalam ekonomi digital ini.

Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang aspirasi JENDELA:
https://jendela.my
https://jendela.my/map/
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow