Kaunter aduan dan informasi di Mesyuarat Kelima Tahun Pertama Dewan Negeri ke-15 Perak Darul Ridzuan

MCMC Perak telah mengambil inisiatif membuka kaunter aduan dan informasi bersempena Mesyuarat Kelima Tahun Pertama Dewan Negeri ke-15 Perak Darul Ridzuan yang berlangsung pada 1 Disember hingga 8 Disember ini di pekarangan Dewan Persidangan, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad; Exco Komunikasi, Multimedia & NGO, YB Mohd Azlan Helmi; serta Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid turut hadir melawati kaunter aduan MCMC.

Sepanjang pembukaan kaunter pada hari pertama, sebanyak empat aduan berkenaan permasalahan liputan telekomunikasi dan satu aduan berkait media sosial telah diterima.

#MCMC
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow