Kaunter MCMC di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang

MCMC Pulau Pinang melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk membuka kaunter MCMC semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama 2 hari.
 
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, YB Zairil Khir Johari telah memberikan kenyataan media berhubung komitmen kerajaan negeri bersama pihak MCMC untuk terus berusaha meluaskan lagi kawasan liputan dan menambah baik kualiti liputan di seluruh Pulau Pinang.
 
Pihak MCMC berharap agar lebih banyak kerjasama strategik dapat dilaksanakan bersama pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ADUN-ADUN bagi pembangunan industri komunikasi dan mutlimedia di Pulau Pinang.
 
#MCMC
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow