Kunjungan hormat ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah

MCMC melalui Pejabat Negeri MCMC Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah pada hari ini.

Delegasi MCMC diketuai oleh Pengarah Negeri, Puan Ratnawaty Talib dan disambut oleh Pengarah MKN Negeri Sabah, YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A Wahid Khan.

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi memperkukuh hubungan di antara MCMC dan MKN, selain membincangkan isu telekomunikasi khususnya di Pulau Sebatik, Tawau, Sabah.

#MCMC
#JENDELA
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow