Lawatan dari Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka ke Ibu Pejabat MCMC

Sekitar lawatan dan sesi taklimat Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, YB Fairul Nizam Roslan ke Ibu Pejabat MCMC pada 8 Jun 2023.

Lawatan itu telah disambut mesra oleh Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din serta pegawai-pegawai tertinggi MCMC.

Antara objektif lawatan itu adalah untuk memahami lebih mendalam mengenai fungsi dan peranan utama MCMC sebagai badan pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia selain membincangkan hala tuju dan masa depan negeri Melaka dalam memperkasa ekonomi digital.

#MCMC
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow