Lawatan kerja rasmi Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Temangan, Machang, Kelantan

Sekitar lawatan kerja rasmi Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Temangan, Machang, Kelantan pada hari ini, 24 Jun 2023, sempena Hari Bersama Komuniti (HBK)

Program HBK telah diwarnai dengan pelbagai aktiviti dan reruai pameran menarik yang diadakan antaranya adalah taklimat bersama Klik Dengan Bijak (KDB), taklimat daripada pengurus dan usahawan-usahawan PEDi, taklimat Insentif Kerjaya Madani 2023 oleh PERKESO serta aktiviti sukaneka. YB Fahmi juga turut sempat meluangkan masa melawat pameran usahawan PEDi.

Dalam pada itu, CelcomDigi juga telah menjalankan program khidmat masyarakat dengan memberi sumbangan komputer terpakai kepada 90% sekolah di kawasan luar bandar dan 10% kepada tadika yang terletak berhampiran dengan PEDi seliaan syarikat telekomunikasi berkenaan.

MCMC akan terus komited melaksanakan pelbagai program pendigitalan ekonomi menerusi PEDi dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, syarikat telekomunikasi dan lain-lain bagi pembangunan aktiviti digital ekonomi masyarakat setempat.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow