Lawatan MCMC Perak ke Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak)

Pejabat MCMC Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) pada 9 Jun 2023.

Kunjungan telah diketuai Encik Mohd Irwan bin Mohamed, Pengarah Negeri MCMC Negeri Perak dan fokus kunjungan ini adalah bagi memberi penerangan mengenai fungsi serta proses kerja Unit Agensi Penyelaras Infrastruktur Telekomunikasi (APiT).

Digital Perak melalui Unit APiT sebagai Agensi Setempat Telekomunikasi Negeri (OSA Telco Negeri) sentiasa bekerjasama rapat dengan MCMC Perak bagi membantu kerajaan negeri untuk memperluaskan jaringan telekomunikasi di Negeri Perak.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow