Lawatan tapak oleh MCMC ke beberapa laluan sasaran penting Gunung Telapak Burok, Negeri Sembilan

Satu lawatan tapak telah diadakan oleh MCMC bersama-sama dengan pihak Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Telekom Malaysia (TM) ke beberapa laluan sasaran penting Gunung Telapak Burok, Negeri Sembilan pada akhir bulan Mei 2023 bagi melihat kerja penambahbaikan yang telah dilaksanakan selepas bencana tanah runtuh sebelum ini.

Antara penambahbaikan adalah pihak Telekom Malaysia (TM) telah memperkasa pengurusan perkhidmatannya selain menambah 20 liter diesel (genset) sekiranya bekalan elektrik terputus. Bagi penyelesaian jangka masa panjang, pemasangan gentian optik juga turut dipertimbangkan dan dirancang untuk menambah baik kualiti perkhidmatan komunikasi di samping bantuan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal kawasan sasaran penting Gunung Telapak Burok. 

Tindakan itu untuk memastikan perkhidmatan komunikasi tiada gangguan dan penyiaran radio dan televisyen kekal beroperasi di Gunung Telapak Burok dalam memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada pengguna.

#MCMC 
#TM 
#ATM
#TelapakBurok
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow