Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) 2023 (MEA 2023)

MCMC telah menganjurkan majlis Anugerah Kecemerlangan Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) 2023 (MEA 2023) di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya bagi menghargai dan mengiktiraf kegigihan sukarelawan atas khidmat mereka kepada masyarakat serta kejayaan mencapai sasaran program.

Turut hadir, Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din serta rakan-rakan strategik MIV yang terdiri daripada wakil daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Institut Pengajian Tinggi dan penyedia perkhidmatan.

Pada majlis tersebut, enam kategori anugerah telah dipertandingkan iaitu MIV Bersama Sekolah, Tim MIV Bersama Komuniti, Individu MIV Bersama Komuniti, MIV Bersama Institut Pengajian Tinggi dan Sukarelawan ICT Antarabangsa (IPT dan IIV), Kandungan MIV Terbaik, dan Anugerah Khas MIV.

#MCMC
#MIV
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow