Majlis Hari Apresiasi Industri Kurier

Sekitar Majlis Hari Apresiasi Industri Kurier di Hotel Marriot Putrajaya, Selangor pada hari ini (4 Julai 2023).  Majlis ini telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dan turut disertai oleh Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada staf-staf pemain industri yang telah menunjukkan prestasi cemerlang.  Penerima-penerima anugerah dinilai berdasarkan nilai-nilai kepimpinan, inovasi dan impak kepada masyarakat. 

Dalam pada itu, Program MyKurier juga telah dilancarkan oleh YB Fahmi bersempena dengan Hari Apresiasi Industri Kurier. Program itu akan menjadi platform untuk orang ramai memberi penilaian (star-rating) kepada perkhidmatan kurier dengan menilai kualiti perkhidmatan mereka.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow