Majlis Malaysia FIBERᐩ Talk 2023

Sempena Majlis 2023 Malaysia FIBERᐩ Talk yang dianjurkan oleh Fiber Network Council APAC (FTTH Council Asia-Pacific) pada 9 Februari 2023 di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Pembangunan MCMC, Puan Bawani Selvaratnam, telah menyampaikan perkongsian tentang status penggunaan jalur lebar Malaysia, insentif dasar untuk mempercepatkan gentian, serta sejauh mana persediaan Malaysia dalam penggunaan 5G.

Majlis ini juga mengetengahkan barisan ahli panel yang berprestij dan bertahap antarabangsa daripada pelbagai agensi dan badan korporat.

Diharapkan majlis seperti ini dapat meningkatkan pemahaman mengenai ‘Ubiquitous Fiber Connectivity for Malaysia’ sekaligus memperkukuhkan kualiti pengalaman jalur lebar kepada pengguna di negara ini melalui pelan JENDELA secara lancar.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow