Pembukaan Kaunter Khas Aduan di Perkarangan Lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan

MCMC Negeri Sembilan telah berkolaborasi bersama Kerajaan Negeri bagi menyokong hasrat Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dengan pembukaan Kaunter Khas Aduan di perkarangan lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 1 dan 4 Disember 2023 sempena Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan yang ke-15.

YB ahli-ahli Dewan Rakyat telah diberi penerangan berkenaan kaunter khas ini termasuk isu-isu capaian serta rangkaian kemudahan jalur lebar di kawasan DUN masing-masing.

MCMC juga telah menerima kunjungan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Haji Harun dan YB Exco Kerajaan Negeri yang telah meluangkan masa ke kaunter aduan ini. 

#MCMC
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow