Persembahan taklimat oleh MCMC berkaitan perkembangan pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan komunikasi di Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Boh, Cameron Highland, Pahang, kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sekitar persembahan taklimat oleh MCMC berkaitan perkembangan pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan komunikasi di Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Boh, Cameron Highland, Pahang, kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena lawatan Baginda ke Kuala Boh..

Masyarakat Orang Asli di Kuala Boh kini dapat menikmati kesalinghubungan dan kualiti Internet lebih baik susulan kerja-kerja tambah baik perkhidmatan telekomunikasi yang giat dijalankan oleh MCMC di kawasan berkenaan. 

Pihak MCMC sentiasa komited dalam memastikan seluruh rakyat menerima kualiti perkhidmatan dan liputan yang menyeluruh serta pengalaman pengguna yang memuaskan.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow