Persidangan PEDi MADANI 2023

Sekitar Persidangan PEDi MADANI 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 November 2023.. 

Persidangan yang berlangsung selama satu hari itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri KKD, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din.

Persidangan ini dianjurkan untuk mengiktiraf para pengurus dan penolong pengurus PEDi yang merupakan tulang belakang dan nadi penggerak kepada PEDi di seluruh negara. Beberapa kategori anugerah seperti Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan sepanjang persidangan tersebut termasuk sesi masterclass, pocket talk dan perkongsian, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi, syarikat-syarikat telekomunikasi serta rakan kolaborasi.

#KKD
#MCMC
#PEDi
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow