Persidangan Tandatangan Digital MCMC 2023 yang bertemakan “Membina Kepercayaan Di Era Digital” di Johor Bahru

MCMC telah mengadakan Persidangan Tandatangan Digital MCMC 2023 yang bertemakan "Membina Kepercayaan di Era Digital" di Ipoh pada bulan Mei dan kemudiannya di Johor pada bulan Jun. Persidangan yang dianjurkan oleh Jabatan Transformasi dan Penggunaan Digital itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi MCMC, Encik Shamsul Izhan bin Abdul Majid dan telah disertai oleh lebih 600 peserta. 

Persidangan itu diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan mempromosi penggunaan tandatangan digital dalam kalangan pemegang taruh yang terdiri daripada agensi kerajaan, sektor korporat dan pengguna individu. Penggunaan tandatangan digital mampu memacu negara ke arah transformasi digital serta dapat meningkatkan keselamatan bagi mereka yang menjalankan perniagaan dan aktiviti dalam talian. 

Selain sesi perbincangan panel dan pembentangan, terdapat juga reruai pameran berkenaan tandatangan digital yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (CA) bagi memperkenal dan memberi pengalaman pengguna (user experience) kepada peserta. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi MyDigital iaitu "Penerimagunaan sepenuhnya Tandatangan Digital dalam sektor awam menjelang tahun 2025".
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow