Persidangan Tandatangan Digital MCMC 2023 yang bertemakan “Membina Kepercayaan Di Era Digital”

Seramai lebih 300 orang peserta yang telah menghadiri Persidangan Tandatangan Digital MCMC 2023 yang bertemakan “Membina Kepercayaan Di Era Digital” pada Rabu, 17 Mei 2023 di Ipoh, Perak.

Persidangan yang dianjurkan oleh Jabatan Transformasi dan Penggunaan Digital ini dirasmikan oleh Encik Shamsul Izhan bin Abdul Majid, Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi, MCMC.

Selain dari sesi perbincangan panel dan pembentangan, terdapat juga rerurai pameran berkenaan  tandatangan digital yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (CA) bagi memperkenal dan memberi pengalaman pengguna (user experience) kepada peserta.

Persidangan ini adalah yang pertama diadakan oleh MCMC bertujuan untuk memberi kesedaran dan mempromosi penggunaan tandatangan digital di kalangan pemegang taruh yang terdiri dari agensi kerajaan, sektor korporat dan pengguna individu. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi MyDigital iaitu “Penerimagunaan sepenuhnya Tandatangan Digital dalam sektor awam menjelang tahun 2025”.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow