Pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil bersama wakil META di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman

Pada 4 Julai 2023 telah berlangsung satu pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil bersama wakil META di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman.

Pertemuan itu juga telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din.

Dalam perbincangan itu, pihak META telah menyatakan komitmen dan kesediaan mereka untuk bekerjasama erat dengan MCMC & PDRM dalam usaha membendung jenayah dalam talian yang mengandungi elemen 3R iaitu race (kaum), royalty (raja), religion (agama), penyamaran, judi dalam talian, serta iklan-iklan penipuan.

Tindakan yang diambil oleh META adalah supaya aspek keselamatan dan pelindungan pengguna platform media sosial  dapat ditangani dengan lebih berkesan dan terangkum.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow