Pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dengan wakil Telegram

Pada 19 Jun 2023, telah berlangsung satu pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dengan wakil Telegram di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.

Pertemuan itu juga telah dihadiri oleh Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Dalam perbincangan itu, YB Fahmi telah menekankan aspek platform tidak seharusnya menjadi pelindung penjenayah, justeru Telegram harus menjalin dan memberi kerjasama dalam membanteras aktiviti jenayah siber dalam aplikasi media sosial.

Semoga dengan kerjasama rentas agensi itu boleh memastikan platform akan lebih selamat untuk digunakan oleh masyarakat, sekali gus membendung jenayah siber di Malaysia.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow