Program Advokasi dan Jangkauan Digital Kampung Orang Asli Negeri Sembilan di KOA Tebong Pasir, Tampin

MCMC Negeri Sembilan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan serta JAKOA Melaka berganding bahu menganjurkan Program Advokasi dan Jangkauan Digital Kampung Orang Asli Negeri Sembilan di KOA Tebong Pasir, Tampin pada 28 November 2023.

Seramai 120 orang penduduk KOA diberi pendedahan mengenai Tatacara Membuat Aduan MCMC yang disampaikan oleh MCMC Negeri Sembilan dan juga Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk Keselamatan Siber.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk memeriahkan program bersama masyarakat orang asli di sini seperti pembukaan reruai KDB & Malaysia ICT Volunteer serta permainan interaktif oleh petugas PEDi Kluster Tampin.

#MCMC
#MIV 
#KDB
#PEDi
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow