Program jelajah oleh Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sekitar program jelajah oleh Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak YB Azlan Helmi, ke beberapa lokasi di Pengkalan Hulu, Temengor dan Kota Tampan pada 27 Jun 2023.

Program itu diaturkan oleh YB Azlan bagi beliau melihat sendiri pelaksanaan pembinaan menara-menara baru di bawah inisiatif JENDELA di Kg Ulu Lawin dan Kota Tampan di samping melawat ke kawasan-kawasan yang memerlukan penambahbaikan liputan di Kg Pahit Luar, PPMS Bukit Buluh, Kg Bongor dan Kg Umbut.

Selain itu, YB Azlan turut melawat dua (2) buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu PEDi Pekan Gerik dan PEDi Kg Raban di mana beliau telah diberikan taklimat pengoperasian oleh pengurus di kedua PEDi berkenaan.

Turut serta dalam jelajah ini ialah EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, YB Puan Salbiah binti Mohamed, Digital Perak Corporation Holdings, Jabatan Penerangan Perak dan TM Perak.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow