Sesi Meja Bulat Pengawal Selia sempena ‘Regional Regulators Forum ASIA 2024’

Anggota Suruhanjaya MCMC, Tuan Derek Fernandez, telah dijemput mempengerusikan Sesi Meja Bulat Pengawal Selia sempena ‘Regional Regulators Forum ASIA 2024’ di ibu negara.

Sesi ini menghimpunkan para peserta dari beberapa buah negara untuk berkongsi buah fikiran dan bertukar pandangan berhubung pengukuhan industri telekomunikasi dan pelaksanaannya di negara masing-masing.

Sepanjang forum ini berlangsung, antara topik perbincangan adalah melibatkan transformasi digital; pelaburan inovasi dan persaingan; infrastruktur dan kesalinghubungan; platform serta kandungan digital dan perkhidmatan on-demand; serta privasi dan keselamatan.

Kerjasama ini adalah cerminan komitmen MCMC selaku badan kawal selia telekomunikasi dan multimedia Malaysia yang berdaya saing.

#MCMC 
#IIC
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow