Simposium Tandatangan Digital MCMC 2023- Sabah Chapter

MCMC telah menganjurkan Simposium Tandatangan Digital MCMC 2023- Sabah Chapter, di Kota Kinabalu, Sabah pada 7 Disember 2023.

Bertemakan “Membina Kepercayaan Di Era Digital”, persidangan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Dr. Ahemad bin Sade dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi MCMC, En. Shamsul Izhan bin Abdul Majid.

Simposium ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan mempromosi penggunaan tandatangan digital dalam kalangan pemegang taruh yang terdiri daripada agensi kerajaan, sektor korporat dan pengguna individu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi MyDigital iaitu “Penerimagunaan sepenuhnya Tandatangan Digital dalam sektor awam menjelang tahun 2025”.

#DigitalSignature
#TandatanganDigital 
#MCMC
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow