Pusat Media

Isi PADU di PEDi lebih mudah

04 Jan 2024, Sinar Harian
POKOK SENA - Orang ramai berpendapat mengisi Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) lebih mudah dan cepat berbanding melakukannya sendiri di rumah.

Pendidik masyarakat tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Kampung Baru Lesong, Khatrun Nada Noh, 52, berkata, bantuan daripada kakitangan PEDi melancarkan proses pengisian maklumatnya di laman sesawang terbabit.

Katanya, capaian internet di premis berkenaan juga lancar selain persekitarannya yang selesa.

"Saya datang jam 12 lebih selepas habis kerja, saya tahu daripada kawan-kawan. Mereka kata boleh isi PADU. Lagipun staf kat PEDi banyak bantu kalau kita tak pandai nak isi,"katanya ketika ditemui di PEDi Bukit Payong di sini pada Khamis.

Menurutnya, penggunaan PADU membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran dengan lebih tepat tanpa sebarang ketirisan.

"Saya tak pernah dapat sebarang bantuan sebelum ini, mungkin dengan mengisi PADU ini, ada bantuan yang saya layak selepas kerajaan buat tapisan nanti,"katanya.

Rakan sekerjanya, Umi Kalsom Abdullah, 56, berkata, walaupun baru hari ketiga PADU dilancarkan dia tidak terkecuali menjadi antara yang terawal untuk mendaftar.
Kongsi artikel ini
Follow