Laman Sesawang Rasmi bagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MY
EN
Carian
Carian:
MY
EN
Carian:
Carian
HOME
MENGENAI KAMI
SEJARAH
VISI & MISI
AHLI-AHLI SURUHANJAYA
TANGGUNGJAWAB KAMI
KOMITMEN KAMI
LAPORAN TAHUNAN
SEKTOR
JALUR LEBAR
PERKHIDMATAN MUDAH ALIH
PERKHIDMATAN TALIAN TETAP
SATELIT
PENYIARAN
POS DAN KURIER
TANDATANGAN DIGITAL
PERDAGANGAN STRATEGIK
PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
INSTRUMEN UNDANG-UNDANG
RESOLUSI PERSELISIHAN
BUKU DAFTAR
PUSAT MEDIA
BERITA RASMI
SISIPAN BERITA
PENGUMUMAN
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
AKADEMI
KERJAYA
HUBUNGI KAMI
IBU PEJABAT
PEJABAT NEGERI
DIREKTORI
MAKLUMBALAS PENGALAMAN LAMAN WEB
KnowledgeHub
Integriti
Tahukah anda?
Aduan MCMC
Consumer
Licensee
Ikuti SKMM di Laman Sosial
Pusat Media
Laman Utama
Pusat Media
Sisipan Berita
MCMC Siasat 67 Kes Penyebaran Berita Palsu Di Media Sosial
Sisipan Berita
Pusat Media
MCMC Siasat 67 Kes Penyebaran Berita Palsu Di Media Sosial
26 Okt 2017, bernama
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat 67 kes penyebaran berita palsu dalam media sosial dari Januari hingga September tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata daripada jumlah itu, lima kes telah dibawa ke mahkamah.
"Dalam tempoh sama, sejumlah 1,861 laman sesawang, portal dan blog telah disekat kerana menyebarkan kandungan, maklumat serta berita berunsur palsu termasuk yang boleh mencetuskan kekeliruan dan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang mahu mengetahui langkah proaktif kementerian dalam memastikan kandungan berita dilaporkan portal berita tidak menjejaskan ketenteraman awam dan sensitiviti kaum di negara ini.
Mengulas lanjut, Salleh berkata kementerian telah bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjalankan program advokasi bagi menyedarkan masyarakat umum mengenai pentingnya memastikan fakta sahih sebelum menyebarkan sesuatu berita atau maklumat.
Katanya ia termasuk pelancaran portal Sebenarnya.my.
"Sejak pelancarannya pada Mac lalu, portal Sebenarnya.my yang menggunakan tagline Tidak Pasti Jangan Kongsi ini telah menerima 12.75 juta layaran daripada pengguna. Kita berharap orang ramai dapat menyemak maklumat di portal ini sebelum menyebarkan sesuatu berita atau maklumat," katanya.
-Tamat-
Kembali
Cetak
Kongsi artikel ini
Awam
Membuat Aduan
Masalah Kandungan Dalam Talian
Bagaimana untuk membuat aduan anda
Notis Perolehan
Soalan Lazim
Logo MCMC
Industri
Permohonan Lesen
Buku Daftar
Spektrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Borang
Sumber
Penerbitan
Industri
Statistik
Penyenaraian
Garis Panduan
Pautan Pantas
Portal E-Payment
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Borang aduan tingkah laku anti-persaingan
Terus berhubungan dengan MCMC
Melanggan surat berita kami dan dapatkan berita terkini dan kemas kini.
Email:
Follow