Laman Sesawang Rasmi bagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MY
EN
Carian
Carian:
MY
EN
Carian:
Carian
HOME
MENGENAI KAMI
SEJARAH
VISI & MISI
AHLI-AHLI SURUHANJAYA
TANGGUNGJAWAB KAMI
KOMITMEN KAMI
LAPORAN TAHUNAN
SEKTOR
JALUR LEBAR
PERKHIDMATAN MUDAH ALIH
PERKHIDMATAN TALIAN TETAP
SATELIT
PENYIARAN
POS DAN KURIER
TANDATANGAN DIGITAL
PERDAGANGAN STRATEGIK
PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
INSTRUMEN UNDANG-UNDANG
RESOLUSI PERSELISIHAN
BUKU DAFTAR
PUSAT MEDIA
BERITA RASMI
SISIPAN BERITA
PENGUMUMAN
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
AKADEMI
KERJAYA
HUBUNGI KAMI
IBU PEJABAT
PEJABAT NEGERI
DIREKTORI
MAKLUMBALAS PENGALAMAN LAMAN WEB
KnowledgeHub
Integriti
Tahukah anda?
Aduan MCMC
Consumer
Licensee
Ikuti SKMM di Laman Sosial
Pusat Media
Laman Utama
Pusat Media
Sisipan Berita
Pengakap Jadikan Remaja Matang Internet
Sisipan Berita
Pusat Media
Pengakap Jadikan Remaja Matang Internet
08 Jan 2016
Pengakap diberi taklimat akan tatacara penggunaan Internet secara matang
Foto Bernama
Siri kedua dan terakhir mengenai pengakap menunjukkan bagaimana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melibatkan pergerakkan pengakap untuk mendedahkan generasi muda kepada penggunaan bertanggungjawab Internet
IPOH (Bernama) -- Menggabungkan aktiviti perkhemahan dengan kem pengetahuan Internet bukanlah suatu yang biasa di Malaysia, tetapi jika dilihat dengan teliti ini adalah dua perkara yang amat memerlukan perhatian khusus.
Peserta menyiapkan tugasan dalam sesi robotik sambil dibantu rakan-rakan
Foto Bernama
Umum berpendapat kebanyakan remaja lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan perkara-perkara yang melibatkan Internet dan komputer seperti permainan video, melayari laman sosial dan menonton filem secara 'live streaming'.
Inilah antara sebab yang dikatakan membuat mereka kurang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti bersifat fizikal seperti mengembara, berkhemah, mendaki gunung dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, kegusaran ibubapa tentang aktiviti dalam talian anak-anak mereka bukanlah satu rahsia. Tanpa menidakkan kebaikan dunia maya, masyarakat perlu menerima realiti risiko yang dihadapi generasi Y.
Antara risiko yang biasa dihadapi adalah penipuan, buli siber, penyebaran maklumat palsu, perkongsian maklumat peribadi melampau, serta bahan lucah dan jelik.
Menyedari ini hakikat ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) menjalin kerjasama strategik, yang melahirkan program Perkhemahan Klik Dengan Bijak (PKDB) yang sudah masuk tahun ketiga penganjuran.
MATANG INTERNET MELALUI KDB
Selepas kejayaan dua edisi sebelum ini di Melaka pada 2013 dan Sabah pada tahun lalu, negeri Perak dipilih sebagai tuan rumah PKDB edisi 2015.
Selama empat hari tiga malam dari 22 hingga 25 Nov, lebih 600 pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri berkampung di Kem Kota, Layang-layang Kiri, Bota dekat sini.
Selain melibatkan diri dengan aktviti-aktiviti lasak seperti 'abseiling' dan 'flying fox' para peserta perkhemahan turut mengikuti taklimat, permainan dan bengkel robotik yang dianjurkan SKMM.
Melalui sesi-sesi inilah pelbagai maklumat dan petua penggunaan Internet di sampaikan kepada para peserta dengan harapan selain ia menjadi bekal peribadi buat mereka, pengetahuan ini akan turut dikongsi dengan kenalan dan ahli keluarga mereka nanti.
SEJAUH MANA PENGGUNAAN INTERNET DI NEGARA
Malaysia kini mempunyai 20.1 juta pengguna Internet, 85 peratus daripadanya adalah pengguna media sosial.
Kadar penembusan Internet negara berkembang dengan amat pesat sejak beberapa tahun lepas. Peningkatan peratus penembusan capaian jalur lebar negara pada tahun 2009 hanyalah 31.7 peratus telah melonjak kepada 70.4 peratus pada suku pertama 2015.
Di seluruh negara antara insiatif yang dilaksanakan termasuk pembukaan 42 Pusat Internet 1Malaysia yang kini mempunyai 20,127 ahli berdaftar, 11 Pusat Jalur Lebar Komuniti Kecil dan 363 Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia.
Sekilas pandang ini menunjukkan rakyat Malaysia amat terbuka dan mudah menerima perkembangan teknologi terkini, tidak jauh ketinggalan daripada negara-negara moden yang lain.
Namun persoalan yang masih tidak terjawab adakah rakyat Malaysia sudah mempunyai kematangan yang diperlukan untuk menjadi pengguna Internet yang beretika?
Belum pun soalan ini terjawab, datang pula satu lagi soalan iaitu apakah kesan penggunaan Internet seperti laman sosial dan platform sembang sosial terhadap generasi muda hari ini?
PENGALAMAN BERHARGA ORANG ASAL
Anis Ramli, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tapah Tapah berkata sebelum menyertai perkhemahan ini beliau tidak pernah mengetahui tentang selok belok melayari Internet dengan cara yang betul dan tidak pula pernah mendengar tentang program KDB.
"Yang paling penting saya belajar ialah bila di Facebook, jangan mudah melayan orang yang tidak dikenali. Mana tahu mereka merupakan penjenayah atau pencuri. Ini semua adalah bahaya untuk orang muda macam kami," katanya.
Pendapat ini disokong rakannya, Rubiah Bahbin yang turut berkata apa yang dipelajari daripada panduan Internet MCMC akan digunakan untuk melayari Internet dengan selamat.
"Saya mahu belajar bersungguh-sungguh untuk mengangkat martabat Orang Asal. Tidak mahu hanya terkongkong di kampung. Internet memang memudahkan urusan para pelajar. Nak buat kerja sekolah semuanya perlu maklumat daripada Internet," kata beliau.
Kedua-dua pelajar ini adalah daripada kaum Semai. Kerana faktor jarak dan kemudahan pembelajaran, mereka terpaksa tinggal di asrama sekolah supaya pelajaran mereka tidak terganggu.
FIKIR SEBELUM 'POST'
Buat Muhammad Ammar Bahaman, 16, dari Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, pelajaran terbesar yang beliau dapati adalah kepentingan untuk berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa 'posting' di media sosial.
"Pertama, fikir dahulu tentang perkara yang kita nak tulis. Adakah ia memberi kebaikan kepada orang yang membacanya dan kedua, pastikan penulisan kita tidak mempunyai sebarang unsur fitnah," jelas beliau.
Sementara itu Puvarasu Thankarajoo dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil Dindings, Manjung berpendapat walaupun setiap orang bebas menggunakan media sosial dan laman sembang sosial seperti Whatsapp, WeChat dan Telegram, mereka perlu sedar tentang batasan undang-undang.
"Kita ini remaja, memang sukakan risiko. Kadang-kadang memang tahu sesuatu perbuatan itu salah tapi sengaja nak buat juga. Jadi mulai hari ini tidak mahu buat lagi," katanya.
Kong Yi Teng, 14 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batang Padang, Tapah pula barazam untuk memastikan dirinya tidak menjadi mangsa peniaga dalam talian yang tidak amanah.
"Paling penting, jangan senang percaya apa yang kita lihat. Periksa juga butiran peniaga. Antaranya ialah kita lihat akaun Facebooknya dahulu atau lihat komen pembeli terdahulu kita boleh tahu peniaga mana yang betul dan yang mana tipu," kata beliau.
REMAJA PERLU KEMAHIRAN BARU
Sementara itu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Mohamad Shahrum Osman sewaktu majlis penutup pekhemahan itu berkata dunia hari ini menghadapi ledakan maklumat tanpa had melalui Internet, yang sebenarnya bukanlah sesuatu yang buruk.
Apa yang penting, kata beliau, adalah kebijakan seseorang individu untuk memilih maklumat yang relevan dengan keperluan diri serta memastikan maklumat yang diterima adalah yang sahih.
"Di samping kemahiran membaca, menulis dan mengira saya fikir kita perlu tambah satu lagi kemahiran kepada anak-anak muda kita iaitu kemahiran membawa diri di media sosial. Sudah sampai masa kita melatih anak-anak kita untuk mahir memilih antara berita yang benar dan yang palsu, memilih antara yang baik dan yang tidak baik," ucap Shahrum.
Beliau turut berkongsi pengalaman yang dialami sendiri kepada lebih 600 peserta perkhemahan yang rakannya sendiri ditangkap polis kerana menyebar maklumat palsu walaupun rakannya mengaku tersilap menghantar maklumat itu.
Guru Sekolah Kebangsaan King Edward VII (1), Taiping, Perak Ab Aziz Ab Rahman, 59, turut bersetuju dengan Mohamad Shahrum bahawa dalam menghadapi cabaran di era moden ini, kematangan penggunaan Internet adalah satu perkara penting.
Sebagai guru disiplin, Aziz mengakui beliau banyak berhadapan dengan isu melibatkan salah guna Internet.
"Kita tidak ada subjek berkaitan penggunaan Internet secara berhemah di sekolah seperti buli siber dan pergaduhan akibat komentar di Facebook. Hanya jika timbul masalah, pelajar akan diberi kaunseling. Sebagai guru, ilmu kita berkaitan hal ini juga amat terhad," jelas beliau.
Kembali
Cetak
Kongsi artikel ini
Awam
Membuat Aduan
Masalah Kandungan Dalam Talian
Bagaimana untuk membuat aduan anda
Notis Perolehan
Soalan Lazim
Logo MCMC
Industri
Permohonan Lesen
Buku Daftar
Spektrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Borang
Sumber
Penerbitan
Industri
Statistik
Penyenaraian
Garis Panduan
Pautan Pantas
Portal E-Payment
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Borang aduan tingkah laku anti-persaingan
Terus berhubungan dengan MCMC
Melanggan surat berita kami dan dapatkan berita terkini dan kemas kini.
Email:
Follow