Laman Sesawang Rasmi bagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MY
EN
Carian
Carian:
MY
EN
Carian:
Carian
HOME
MENGENAI KAMI
SEJARAH
VISI & MISI
AHLI-AHLI SURUHANJAYA
TANGGUNGJAWAB KAMI
KOMITMEN KAMI
LAPORAN TAHUNAN
SEKTOR
JALUR LEBAR
PERKHIDMATAN MUDAH ALIH
PERKHIDMATAN TALIAN TETAP
SATELIT
PENYIARAN
POS DAN KURIER
TANDATANGAN DIGITAL
PERDAGANGAN STRATEGIK
PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
INSTRUMEN UNDANG-UNDANG
RESOLUSI PERSELISIHAN
BUKU DAFTAR
PUSAT MEDIA
BERITA RASMI
SISIPAN BERITA
PENGUMUMAN
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
AKADEMI
KERJAYA
HUBUNGI KAMI
IBU PEJABAT
PEJABAT NEGERI
DIREKTORI
MAKLUMBALAS PENGALAMAN LAMAN WEB
KnowledgeHub
Integriti
Tahukah anda?
Aduan MCMC
Consumer
Licensee
Ikuti SKMM di Laman Sosial
Pusat Media
Laman Utama
Pusat Media
Sisipan Berita
Pertandingan Keselamatan Siber Landasan Cari Bakat Forensik Digital - SKMM
Sisipan Berita
Pusat Media
Pertandingan Keselamatan Siber Landasan Cari Bakat Forensik Digital - SKMM
08 Apr 2017, bernama
KOTA KINABALU, 8 April (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjadikan pertandingan keselamatan siber sebagai medan mencari bakat baharu untuk digilap sebagai pakar forensik digital.
Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata langkah itu dapat membantu menambah pakar forensik digital di negara ini, sesuai dengan penggunaan teknologi berasaskan komunikasi dalam pelbagai bidang yang semakin meluas.
"Sebagai contoh di I-Hack Challenge yang diadakan di UiTM, kita telah kenal pasti bakat dan kita ambil untuk buat latihan dengan SKMM.
"Kalau kita buat secara temuduga terbuka dan sebagainya, mungkin kita tidak akan dapat bakat yang betul," katanya selepas merasmikan pertandingan Borneo Cyber Security (BCSC) Challenge 2017 di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.
Pertandingan selama dua hari bermula hari ini itu disertai 600 mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia.
Antara acara yang disusun termasuk pertandingan menggodam dan mempertahan perisian komputer, taklimat keselamatan digital, program kesedaran jenayah siber, bengkel etika penggunaan Internet, forum keselamatan digital dan forum bertajuk 'Challenges Facing the Future of Cyberspace' yang akan diadakan esok.
Zulkarnain berkata penghasilan pakar forensik digital tidak mudah kerana ia memerlukan masa yang panjang untuk latihan, ujian dan mendapatkan banyak perakuan sijil berkaitan.
Mengulas lanjut, beliau berkata kekurangan tenaga pakar forensik digital bukan sahaja dialami di negara ini tetapi di negara lain juga.
"Pakar forensik digital di Malaysia untuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada tiga orang, SKMM ada lapan, CyberSecurity ada 10 dan di Lembaga Hasil Dalam Negeri ada lima," katanya menambah agensi-agensi lain dilihat telah mula menunjukkan kecenderungan melatih pakar forensik digital masing-masing.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor UMS, Prof Dr Shahril Yusof mencadangkan supaya diwujudkan program khusus dalam bidang forensik digital.
"Perakaunan forensik kini menjadi popular. Mungkin kita boleh lakukan program graduan lanjutan. Ini bidang khusus untuk menjadi pakar," katanya.
Kembali
Cetak
Kongsi artikel ini
Awam
Membuat Aduan
Masalah Kandungan Dalam Talian
Bagaimana untuk membuat aduan anda
Notis Perolehan
Soalan Lazim
Logo MCMC
Industri
Permohonan Lesen
Buku Daftar
Spektrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Borang
Sumber
Penerbitan
Industri
Statistik
Penyenaraian
Garis Panduan
Pautan Pantas
Portal E-Payment
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Borang aduan tingkah laku anti-persaingan
Terus berhubungan dengan MCMC
Melanggan surat berita kami dan dapatkan berita terkini dan kemas kini.
Email:
Follow