Laman Sesawang Rasmi bagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MY
EN
Carian
Carian:
MY
EN
Carian:
Carian
HOME
MENGENAI KAMI
SEJARAH
VISI & MISI
AHLI-AHLI SURUHANJAYA
TANGGUNGJAWAB KAMI
KOMITMEN KAMI
LAPORAN TAHUNAN
SEKTOR
JALUR LEBAR
PERKHIDMATAN MUDAH ALIH
PERKHIDMATAN TALIAN TETAP
SATELIT
PENYIARAN
POS DAN KURIER
TANDATANGAN DIGITAL
PERDAGANGAN STRATEGIK
PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
INSTRUMEN UNDANG-UNDANG
RESOLUSI PERSELISIHAN
BUKU DAFTAR
PUSAT MEDIA
BERITA RASMI
SISIPAN BERITA
PENGUMUMAN
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
AKADEMI
KERJAYA
HUBUNGI KAMI
IBU PEJABAT
PEJABAT NEGERI
DIREKTORI
MAKLUMBALAS PENGALAMAN LAMAN WEB
KnowledgeHub
Integriti
Tahukah anda?
Aduan MCMC
Consumer
Licensee
Ikuti SKMM di Laman Sosial
Pusat Media
Laman Utama
Pusat Media
Sisipan Berita
SKMM Sekat 1,074 Laman Web Lucah - Salleh
Sisipan Berita
Pusat Media
SKMM Sekat 1,074 Laman Web Lucah - Salleh
10 Nov 2015, bernama
KOTA KINABALU, 10 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga Oktober tahun ini, menyekat 1,074 laman web lucah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata terkini sejumlah 106 laman lagi akan disekat atas kesalahan sama.
Katanya langkah sekatan itu merupakan sebahagian usaha berterusan SKMM bagi memelihara nilai-nilai murni yang didukung masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Penting untuk SKMM ambil tindakan kerana ini adalah punca kepada masalah sosial di negara kita," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Deepavali 2015 anjuran Badan Perhubungan MIC Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, dekat sini Selasa.
Selain itu, katanya, masyarakat awam juga disaran memberi maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan berunsur lucah.
Maklumat itu boleh dimajukan kepada pihak SKMM di
[email protected]
(http://aduan.skmm.gov.my).
Dalam perkembangan sama, Salleh berkata SKMM turut mengambil tindakan serupa ke atas laman web judi di negara ini.
"Perkara ini kami akan banteras, juga dengan kerjasama semua pihak. SKMM akan bertindak bersama agensi lain yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia dan yang penting hal-hal seperti ini perlu diberi perhatian sewajarnya," tambahnya.
Mengenai Deepavali, beliau berharap ia dapat memperjelas dengan baik keutuhan hubungan antara rakyat Malaysia, sekali gus memupuk perasaan dan sikap saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum ke arah memelihara keamanan dan keharmonian negara ini.
"Saya berharap rakyat negara ini akan dapat hidup dalam keadaan harmoni yang berpaksi kepada sikap toleransi yang merupakan elemen penting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia," katanya.
Salleh berkata ia selaras dengan aspirasi kerajaan memperkenalkan konsep 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan nasional.
Beliau berkata masyarakat majmuk di negara ini disaran untuk mencari dan melihat persamaan yang ada bagi mengukuhkan ikatan perpaduan.
"Jika pun ada perbezaan, kita harus melihat perbezaan itu dengan cara kita sendiri di Malaysia, kita tidak boleh terikut-ikut dengan cara luar yang tidak selari dengan budaya kita. Ini penting untuk terus memelihara kestabilan negara daripada pelbagai aspek," katanya lagi.
Kembali
Cetak
Kongsi artikel ini
Awam
Membuat Aduan
Masalah Kandungan Dalam Talian
Bagaimana untuk membuat aduan anda
Notis Perolehan
Soalan Lazim
Logo MCMC
Industri
Permohonan Lesen
Buku Daftar
Spektrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Borang
Sumber
Penerbitan
Industri
Statistik
Penyenaraian
Garis Panduan
Pautan Pantas
Portal E-Payment
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Borang aduan tingkah laku anti-persaingan
Terus berhubungan dengan MCMC
Melanggan surat berita kami dan dapatkan berita terkini dan kemas kini.
Email:
Follow