Pusat Media

Pencerahan Mengenai Xiddig

25 Jan 2019
Xiddig Cellullar Communications Sdn Bhd (Xiddig) adalah pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).  

Semua pemegang lesen di bawah AKM mestilah mematuhi peruntukan Akta, terma dan syarat lesen serta instrumen yang dibuat dan diberikan di bawah Akta tersebut.   

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memberi pencerahan bahawa “Enhanced Malaysia International Internet Gateway Highspeed Broadband” yang dibangunkan oleh Xiddig adalah usaha komersial yang tidak melibatkan MCMC.  

Lesen yang diberikan di bawah AKM adalah TIDAK BOLEH dianggap sebagai pengesahan (endorsement) oleh MCMC. Mana-mana pihak yang ingin menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pemegang lesen di bawah AKM dinasihatkan untuk menjalankan penilaian wajar.   

Tamat. 

Muat Turun
Kongsi artikel ini
Follow