Laman Sesawang Rasmi bagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MY
EN
Carian
Carian:
MY
EN
Carian:
Carian
HOME
MENGENAI KAMI
SEJARAH
VISI & MISI
AHLI-AHLI SURUHANJAYA
TANGGUNGJAWAB KAMI
KOMITMEN KAMI
LAPORAN TAHUNAN
SEKTOR
JALUR LEBAR
PERKHIDMATAN MUDAH ALIH
PERKHIDMATAN TALIAN TETAP
SATELIT
PENYIARAN
POS DAN KURIER
TANDATANGAN DIGITAL
PERDAGANGAN STRATEGIK
PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
INSTRUMEN UNDANG-UNDANG
RESOLUSI PERSELISIHAN
BUKU DAFTAR
PUSAT MEDIA
BERITA RASMI
SISIPAN BERITA
PENGUMUMAN
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
AKADEMI
KERJAYA
HUBUNGI KAMI
IBU PEJABAT
PEJABAT NEGERI
DIREKTORI
MAKLUMBALAS PENGALAMAN LAMAN WEB
KnowledgeHub
Integriti
Tahukah anda?
Aduan MCMC
Consumer
Licensee
Ikuti SKMM di Laman Sosial
Pusat Media
Laman Utama
Pusat Media
Berita Rasmi
Karnival Kurier Dan Pos Sampai Dengan Selamat
Berita Rasmi
Pusat Media
Karnival Kurier Dan Pos Sampai Dengan Selamat
19 Nov 2016
CYBERJAYA
,
19 November 2016
--- Sebanyak 15 syarikat pos dan kurier yang beroperasi di seluruh negara akan menyertai Kejohanan dan Karnival Sampai Dengan Selamat #SDS2016 bermula hari ini sehingga 20 November bertempat di Bulatan Bazarena, Seksyen 13, Shah Alam.
Kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terutamanya kepada pekerja dalam industri pos dan kurier mengenai tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan di jalan raya semasa menjalankan tugasan harian.
Kejohanan dan karnival selama dua hari itu turut mendapat kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).
Kejohanan dan Karnival Sampai Dengan Selamat 2016 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya bukan sahaja disertai oleh syarikat-syarikat kurier Malaysia malah turut juga disertai oleh syarikat-syarikat kurier antarabangsa antaranya seperti FedEx, Yamato Transport dan TNT Express.
Ketua Bahagian E-Dagang dan Pos Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Mohamed Zaidi Abdul Karim melahirkan keyakinan, kejohanan dan karnival tersebut akan memberikan banyak manfaat kepada kakitangan dalam industry pos dan kurier.
Menurutnya, penganjuran kejohanan dan karnival ini bukan sekadar pertandingan semata-mata tetapi ia juga merupakan suatu inisiatif MCMC bersama pihak industri bagi meningkatkan kualiti dan kompetensi pemanduan para pekerja dalam industri pos dan kurier.
"Langkah ini juga merupakan pengiktirafan daripada pihak kerajaan terhadap sumbangan mereka kepada kesejahteraan rakyat di seluruh negara," ujar Mohamed Zaidi.
Antara acara utama dalam program ini adalah kejohanan memandu dan menunggang sampai dengan selamat khusus untuk pekerja industri pos dan kurier di Malaysia. Para peserta akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pemandu dan penunggang yang mana mereka akan dinilai secara teori dan praktikal melalui pelbagai jenis ujian.
Juara untuk kejohanan memandu dan menunggang Sampai Dengan Selamat akan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 manakala naib juara sebanyak RM2,000 dan wang tunai sebanyak RM1,000 untuk pemenang tempat ketiga. Di samping itu, satu gelaran khas iaitu "Courier Hero" akan dinobatkan kepada para juara untuk kategori pemandu dan penunggang.
TAMAT
Kembali
Cetak
Kongsi artikel ini
Awam
Membuat Aduan
Masalah Kandungan Dalam Talian
Bagaimana untuk membuat aduan anda
Notis Perolehan
Soalan Lazim
Logo MCMC
Industri
Permohonan Lesen
Buku Daftar
Spektrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Borang
Sumber
Penerbitan
Industri
Statistik
Penyenaraian
Garis Panduan
Pautan Pantas
Portal E-Payment
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Borang aduan tingkah laku anti-persaingan
Terus berhubungan dengan MCMC
Melanggan surat berita kami dan dapatkan berita terkini dan kemas kini.
Email:
Follow